Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Berdasarkan Kajian, Ini 10 Syarikat Paling ‘Rakus’ Dalam Merosakkan Iklim Dunia

Posted on November 30, 2022Disember 1, 2022

Pada zaman di mana inovasi, kemajuan dan teknologi adalah keutamaan dunia, perubahan iklim adalah isu yang terkesan, terjejas dan paling merisaukan.

Kebiasaannya, ketamakan dan kerakusan syarikat-syarikat gergasi dunia ini telah membutakan mereka kepada alam sekitar yang terpaksa menanggung akibatnya.

Berdasarkan kajian Greenpeace, mereka telah mengeluarkan senarai 10 syarikat dunia yang paling banyak memberi impak kepada alam sekitar.

Secara umumnya, AS adalah negara paling lantang bersuara terhadap isu perubahan iklim. Tetapi, boleh dikatakan separuh daripada 10 senarai ini dipegang oleh syarikat AS.

{suggest}

10 Syarikat Paling Negatif Dalam Dasar Polisi Iklim.

Seandainya pembaca keliru akan nama dan juga industri yang diceburi syarikat-syarikat tersebut, berikut adalah rujukan anda:

  1. Chevron (Minyak dan Gas) – Amerika Syarikat
  2. Exxon Mobil (Minyak dan Gas) – Amerika Syarikat
  3. O. BASF (Pembuatan Kimia) – Jerman
  4. ConocoPhilips (Minyak dan Gas) – Amerika Syarikat
  5. SEMPRA (Tenaga) – Amerika Syarikat
  6. American Electric Power (Tenaga) – Amerika Syarikat
  7. Southern Company (Tenaga) – Amerika Syarikat
  8. Nippon Steel (Keluli) – Jepun
  9. PJSC Gazprom (Minyak dan Gas) – Rusia
  10. Toyota (Automobil) – Jepun

Seperti kita dapat lihat, 6 kedudukan di atas dipenuhi oleh syarikat AS dan kita dapat lihat sektor minyak dan gas adalah industri yang paling memberi impak kepada iklim planet kita ini.

Untuk Toyota pula, jenama itu ada kurang daripada 1% daripada penjualan kereta yang sifar pelepasan. Hal ini demikian kerana mereka masih setia dengan polisi kereta hibrid yang menawarkan penggunaan minyak dan elektrik.

Sebenarnya, boleh dikatakan banyak syarikat tersebut mempunyai komitmen tinggi dalam melawan perubahan iklim. Tetapi, mereka juga mempunyai polisi yang menentang usaha tersebut.

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress