Dalam laporan ‘Future of Jobs Report 2020‘ yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, diramalkan bahawa pekerjaan seperti Saintis Data, Pakar Transformasi Digital & Pemasar Digital antara pekerjaan yang akan mengalami permintaan meningkat di masa hadapan.

Pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan kemahiran pengkodan dan keselamatan komputer serta pemasaran digital khususnya dilihat akan mendapat permintaan yang tinggi pada masa akan datang.

Berikut disenaraikan 10 jenis pekerjaan baru yang diramal akan mendapat permintaan tinggi pada masa hadapan menurut World Economic Forum:-

  1. Penganalisis Data dan Data Saintis
  2. Kecerdasan Buatan (AI) dan Pakar Jentera
  3. Pakar ‘Big Data’
  4. Pemasar Digital dna pakar Strategi
  5. Pakar Proses Automasi
  6. Profesional Pemaju Perniagaan
  7. Pakar Transformasi Digital
  8. Analisis Maklumat Sekuriti
  9. Pemaju Perisian dan Aplikasi
  10. Pakar “Internet of Things”

Selain 10 teratas yang disebut, World Economic ForumĀ turut menyenaraikan kerjaya dalam bidang Kejurutera Robotik, Pakar Profesional Rangkaian dan Pangkalan Data serta Jurutera Teknologi Kewangan (FinTech) turut tersenarai antara bidang kerjaya baru yang akan menjadi rebutan tinggi oleh syarikat-syarikat pada masa hadapan.