Johnny Depp, tidak dapat dinafikan lagi merupakan salah seorang pelakon hebat dari Hollywood. Oleh itu, artikel ini akan menampilkan 10 filem terbaik lakonan Johnny Depp sendiri yang anda wajib tonton.
Sedikit fakta tentang Johnny, beliau telah memulakan debut filem pada tahun 1984 yang bertajuk A Nightmare on Elm Street. Pernah tercalon dalam 10 anugerah Golden Globes, Johnny sangat tertarik untuk membawa watak orang buangan atau terpinggir dalam kebanyakan lakonan beliau.
Sepanjang berpuluh tahun karier sebagai pelakon, Johnny Depp sudah banyak kali bekerjasama dengan pengarah terkenal, Tim Burton. Antara filem arahan Tim yang dilakonkan adalah “Edward Scissorhands,” “Ed Wood,” “Charlie and the Chocolate Factory” dan “Sweeney Todd.”
Berikut adalah 10 filem terbaik yang dibintangi Johnny Depp seperti yang telah dijanjikan:
1. Alice in Wonderland (2010)
Pengarah: Tim Burton Penulis: Linda Woolverton Barisan pelakon: Johnny Depp, Mia Wasikowska, Anne Hathaway, Helena Bonham-Carter
Walaupun watak utama filem ini dipegang oleh Mia Wasikowska, perhatian telah tertumpu kepada kemunculan Johnny Depp sebagai Mad Hatters. Dengan rambut berwarna oren terang dan topi bersaiz besar, watak Hatter menjadi lambang dan ciri filem-filem Tim Burton.
Dalam adegannya dengan Alice, Johnny berjaya mewujudkan ikatan dengannya walaupun harus menampilkan karakter orang luar di negeri ajaib itu. Lakonan Johnny dalam Alice in Wonderland memberikan beliau pencalonan Golden Globe yang kesepuluh.
Pautan filem: Amazon Prime – Alice in Wonderland
2. What’s Eating Gilbert Grape (1993)
Pengarah: Lasse Hallström
Penulis: Peter Hedges
Barisan pelakon: Johnny Depp, Juliette Lewis, Mary Steenburgen, Leonardo DiCarpio
Dibintangi oleh dua pelakon lagenda, Leonardo DiCaprio dan Johnny Depp memberikan kerjasama hebat melalui lakonan mereka dalam filem yang menyentuh hati ini.
Memainkan watak Gilbert Grape, filem ini mengisahkan tentang tanggungjawab seorang anak dalam menjaga ibunya yang gemuk dan adiknya yang mempunyai masalah kesihatan mental. Konflik mula hadir apabila Gilbert terpaksa melakukan pengorbanan demi kebahagiaan orang-orang yang dia sayangi.
Pautan filem: Amazon Prime – What’s Eating Gilbert Grape
3. Ed Wood (1994)
Pengarah: Tim Burton Penulis: Scott Alexander, Larry Karaszewski Barisan pelakon: Johnny Depp, Martin Landau, Sarah Jessica Parker, Patricia Arquette
Dalam filem klasik Hollywood ini, Johnny memainkan watak seorang pengarah terkenal bernama Ed Wood. Dengan konsep hitam putih yang menggunakan teknik bayangan dan pencahayaan, Johnny berjaya memberi lakonan yang sangat baik.
Diinspirasikan oleh kisah benar, filem ini berkisar tentang Ed Wood yang berusaha mencapai kejayaan dalam industri filem. Walaupun karakter Ed Wood adalah seorang yang agak eksentrik, Johnny berjaya menunjukkan sisi setia dan lembut Ed.
Pautan filem: Amazon Prime – Ed Wood
4. Public Enemies (2009)
Pengarah: Michael Mann Penulis: Ronan Bennett, Ann Biderman Barisan pelakon: Johnny Depp, Christian Bale, Marion Cotillard
5. Charlie and the Chocolate Factory (2005)
Pengarah: Tim Burton Penulis: John August Barisan pelakon: Johnny Depp, Freddie Highmore, Helena Bonham-Carter
Johnny sekali lagi bekerjasama dengan Tim Burton dalam filem Charlie and the Chocolate Factory, yang berdasarkan novel yang ditulis oleh Roald Dahl. Johnny memainkan watak Willy Wonka, pemilik gula-gula atau coklat jenama ‘Willy Wonka’ yang pernah melalui zaman kanak-kanak yang perit disebabkan bapanya.
Pendirian Johnny Depp yang menggemari watak-watak pelik telah memberikan pencalonan keenamnya untuk anugerah Pelakon Terbaik dari Golden Globes melalui Charlie and the Chocolate Factory.
Pautan filem: Netflix – Charlie and the Chocolate Factory
6. Cry Baby (1990)
Pengarah: John Waters Penulis: John Waters Barisan pelakon: Johnny Depp, Ricki Lake, Amy Locane, Traci Lords
Filem Cry Baby arahan John Waters menawarkan kisah yang ironik dan lain daripada lain. Cry Baby menandakan langkah arus perdana pertama Johnny dalam watak-watak konvensional yang sering dikaitkan dengannya dan jika dilihat dari lakonannya, jelas menunjukkan kejayaan Johnny.
Filem ini mengisahkan tentang kisah romantik seakan-akan Romeo dan Juliet antara dua kumpulan sekolah menengah yang bermusuhan, Squares dan Drapes.
7. Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (2002)
Pengarah: Tim Burton Penulis: John Logan Barisan pelakon: Johnny Depp, Helena Bonham-Carter, Alan Rickman
8. Edward Scissorhands (1990)
Pengarah: Tim Burton Penulis: Caroline Thompson Barisan pelakon: Johnny Depp, Winona Ryder, Dianne Wiest, Vincent Price
Edward Scissorhands merupakan kerjasama pertama antara Johnny Depp dengan pengarah Tim Burton. Filem ini mengisahkan Edward yang dicipta di sebuah makmal dengan bilah gunting sebagai tangannya.
Edward kemudian jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Kim Boggs (Winona Ryder), namun orang ramai menganggap Edward seorang raksasa dan menyukarkannya untuk menangani pandangan buruk terhadap dirinya.
Pautan filem: Amazon Prime – Edward Scissorhands
9. Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (2003)
Pengarah: Gore Verbinski Penulis: Ted Elliott, Terry Rossio Barisan pelakon: Johnny Depp, Keira Knightley, Orlando Bloom, Geoffrey Rush
Apabila memikirkan tentang lanun-lanun terkenal sepanjang sejarah filem, pastinya Captain Jack Sparrow menjadi antara yang terhebat. Johnny Depp berjaya menghidupkan semula genre lanun dengan membawa hiburan segar dan kelucuan pintar kepada watak tersebut.
Johnny memainkan watak seorang lanun yang kurang ajar dan gagal dalam membantu tukang besi dalam mengejar cinta sambil merealisasikan keinginannya untuk membalas dendam.
Pautan filem: Amazon Prime – Pirates of the Caribbean
10. Donnie Brasco (1997)
Pengarah: Mike Newell Penulis: Paul Attanasio Barisan pelakon: Al Pacino, Johnny Depp, Michael Madsen
Dalam lakonan Johnny sebagai Donnie Brasco, Johnny telah menyelam dirinya terlebih dahulu ke dunia samseng jenayah. Filem yang diinspirasikan oleh kisah benar ini mengisahkan Johnny sebagai agen penyamar yang berjaya menyusup salah satu kumpulan penjenayah paling kuat di New York dalam tempoh enam tahun.
Walaupun berlakon di samping seorang ikon Hollywood, Al Pacino, Johnny berjaya memberikan lakonan yang sangat menonjol. Kerumitan dan emosi berbeza dalam melakonkan watak ini membuktikan Johnny seorang pelakon yang versatil dan luar biasa.
Pautan filem: Amazon Prime – Donnie Brasco
Baca lagi: Money Heist Akan Kembali Untuk Musim Kelima