Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google malaysia pejabat office

10 Carian Popular Di Malaysia Sepanjang 2022 – “Anwar Ibrahim” Tempat Ke-8, “MySPR Semak” Tangga Ke-2

Posted on Disember 7, 2022Disember 7, 2022

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun tiba pada bulan terakhir tahun 2022.

Google Malaysia telah berkongsi dengan kami 10 terma paling banyak dicari pengguna di Malaysia sepanjang 2022.

2022

  1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  2. MySPR Semak
  3. Qatar World Cup 2022
  4. Keputusan PRU-15
  5. MyUndi
  6. Wordle
  7. Peranti Siswa
  8. Anwar Ibrahim
  9. Queen Elizabeth
  10. Mental Age Test

Didapati 6 daripada 10 ini melibatkan kerajaan seperti bantuan dan pilihan raya umum termasuklah nama Perdana Menteri ke-10.

3 daripadanya pula secara khusus berkaitan PRU iaitu laman web/aplikasi Suruhanjaya Pilihan Raya, MyUndi dan keputusan PRU-15.

Menariknya, hanya 2 figura yang masuk hanyalah Anwar Ibrahim dan mendiang Queen Elizabeth.

Sumber: Google Malaysia

Saya secara peribadi tidak menyangka Mental Ages Test tersenarai dalam ini. Ujian minda ini dipopularkan 0leh perkongsian di media sosial. Bahkan, tiada kajian sahih pun berkenaan ketepatan ujian ini.

Imbas kembali, ini carian popular pada tahun lalu.

2021

  1. i-Sinar
  2. Euro 2021
  3. Popcat
  4. i-Citra
  5. Bantuan Prihatin Rakyat
  6. English Premier League
  7. Google Meet
  8. i-Akaun
  9. Bantuan Prihatin Nasional
  10. Squid Game

Antara persamaan yang kekal ialah carian berkenaan bantuan kerajaan dan kejohanan bola sepak antarabangsa.

Namun, tiada nama sebarang tokoh berjaya menyelit ke dalam senarai tahun lalu.

{suggest}

Gambar utama: Google Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress