Penyelidik dari laman analisis Comparitech dalam kajian mereka mendapati, 1 daripada 5 aplikasi kanak-kanak yang ditawarkan dalam plafom Google Play Store didapati telah melanggar akta perlindungan privasi kanak-kanak di atas talian.
Hasil dapatan itu adalah menerusi kaji selidik yang dibuat ke atas 500 aplikasi popular kanak-kanak di dalam Google Play Store.
Ia termasuklah 300 aplikasi percuma dan 200 aplikasi berbayar.
Comparitech merumuskan, 101 daripada 500 aplikasi popular kanak-kanak telah melanggar akta perlindungan privasi kanak-kanak di atas talian sepertimana yang ditetapkan oleh Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) yang dikuatkuasakan dalam sistem perundangan Amerika Syarikat bagi melindungi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun ketika berada di atas talian.
Aplikasi-aplikasi itu pula telah dimuat turun oleh hampir sejumlah 492 juta pengguna.
Selain itu, 38% aplikasi-aplikasi yang melanggar akta itu juga didapati dikategorikan sebagai aplikasi pendidikan.
Comparitech turut mendedahkan, antara data privasi yang dikutip oleh aplikasi-aplikasi tersebut yang sepatutnya tidak boleh dilakukan adalah seperti nama, gambar, alamat, nombor sekuriti sosial, maklumat orang hubungan atas talian dan lain-lain.
Sumber: Comparitech
Baca juga: 9 Teori Konspirasi Rangkaian 5G Yang Dipercayai Benar Oleh Sebahagian Orang