Penyelidik sekuriti Google berjaya mengenal pasti beberapa kelemahan sekuriti pada paltform muat turun popular, µTorrent.
Berdasarkan kajian oleh Tavis Ormandy, penyelidik Project Zero, µTorrent mempunyai kelemahan dimana pengodam boleh menyerang dengan cara melancarkan kod hasad, mengakses fail yang dimuat turun, serta mengintip aktiviti muat turun pengguna.
Pembangun µTorrent menjelaskan bahawa kerentanan itu sudah diperbaiki pada versi beta dan patch akan mula ditawarkan kepada pengguna tidak lama lagi.
Sumber: Ars Technica